Sunday, May 30, 2010

Manusia ni sangat EGO!!!

Mari kita menilai diri kita.Adakah kita ego??Tepuk dada tanya iman...Golongan Melayu banyak yang ego,kita ssh untuk mengatakan maaf,terima ksih dan apa saja sapaan yang baik-baik,tapi klu menengking dan memaki bleh plak kan. Perkataan sayang rindu apatah lagi,sangat2 la susah,kononnya malu, malu rindu atau sayang tidak diterima...hmmm...no komen,tapi cuba kita amek sifat positif orang barat,mereka sering kali membiasakan diri mereka dengan sapaan begitu....i love u,i miss u,thanks,good nite dan sebagainya menjadi kebiasaan bagi mereka,good comunication...tapi orang Malaysia sgt poor comunication skill terutamanya dalam keluarga sendiri...sebab apa suma ni,sebab EGO

Ciri-ciri EGO @ SOMBONG

1) Diberi jawatan rasa terhibur.

2) Tidak dilantik rasa tidak tenang.

3) Jika menjadi pemimpin,arahannya selalu kasar.

4) Jika menjadi pengikut, tidak mahu taat.

5) Susah menerima pandangan orang lain, merasakan pandangan dia sahaja yang benar. Dalam majlis tidak senang jika orang lain memberi  pandangan dan suka potong percakapan orang lain.

6) Tidak senang andai kemajuan tercetus ditangan orang lain.

7) Tidak mahu menerima kebenaran dari orang atau pihak lain. Seolah-olah merasa rendah atau tercabar atau terhina andainya kebenaran itu keluar dari mulut orang lain. Lebih-lebih lagi sekiranya sesuatu yang benar itu datangnya daripada orang bawahannya atau orang yang dianggap status sosialnya lebih rendah.

8) Ego juga dapat dilihat bilamana seringkali menzalimi orang lain apabila seseorang itu memiliki kuasa. Dia akan gunakan kuasa itu bukan sebagai amanah atau tanggungjawab tetapi sebagai peluang untuk menindas atau mendatangkan kesusahan kepada orang lain. Andainya roda pusingan kehidupan menjadikan gilirannya pula berada di bawah atau menjadi pengikut, ketika itu dia akan menjadi orang yang paling sukar untuk taat setia kepada pihak atasannya. Egonya itu membuatkan dia menjadi amat sukar untuk tunduk kepada peraturan dan perintah ketuanya.

9) Golongan ini pula sangat meremehkan dosa pahala dan tidak suka memperkatakannya. Apa sahaja yang dibuat tidak mahu dikaitkan dengan persoalan dosa pahala atau halal haram. Keegoan mereka ini seolah-olah mahu bebas. Tidak mahu adanya sebarang keterikatan dengan hukum Allah SWT. Begitu juga dalam kontek kekuasaan Allah SWT, mereka tidak mahu mengaitkan sesuatu peristiwa atau perkara itu dengan bukti kekuasaan allah SWT yang Maha Kuasa. Sesuatu kejadian samada kejayaan, kegagalan mahupun musibah pada mereka lebih nampak kepada sebab atau faktor kejadian tersebut. Dalam soal usaha ikhtiar, mungkin juga boleh diterima sebagai faktor sebab yang terhasilnya sesuatu yang hakikatnya dengan izin Allah SWT. Apa yang anehnya sebagai memperlihatkan ego adalah bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kemarau, jerebu, tanah runtuh yang sifatnya tidak ada campur tangan manusia, pun tidak mahu disandarkan kepada kekuasaan Allah SWT. Lantas dengan cepat mereka mengatakan itu semua adalah lumrah alam atau perkara biasa.

 

10) Payah hendak bertegur sapa kecuali kalau orang lain mendahuluinya. Dia merasakan tidak layak untuk menghormati orang lain seolah-olah orang lain yang patut menghormati dirinya. Isi perbualan atau percakapannya sering saja melebihkan diri biarpun dalam nada tutur kata yang lunak. Apatah lagi bila ada peluang bercakap besar dan lantang.

11)Selalu berwajah serius dan masam. Ditambah pula dengan sikap yang kurang mesra. Baginya dengan berwajah begitu dirinya sukar untuk mendekati orang lain dan rasa dirinya hebat dan susah untuk didampingi. Jika ada yang ingin mendekatinya,dirinya rasa dia diperhatikan dan ramai yang ingin mendekatinya. Selalunya orang sebegini dia mempunyai teman sesame jantina yang istimewa, baginya tiada orang lain yang boleh merapatinya kecuali dirinya sahaja.Dia akan mengawal  segala perbuatan orang yang dia rapat itu seketatnya dan jika ada orang lain yang ingin mendekatinya,dia rasa gembira namun sebaliknya jika dengan temannya,dia akan mempertikaikan itu ini kerana temannya itu adalah hak kekal dia. Orang yang bersikap sebegini selalunya ingin diberi perhatian dan ingin orang sekeliling memahaminya lebih.

 

12)Sangat memilih kawan terutamanya di kalangan orang yang setaraf sahaja. Kadang-kadang lebih suka berada di tengah-tengah orang yang lebih rendah bukan kerana merendah diri tetapi mengharapkan agar dirinya kelihatan lebih menonjol. Dan begitulah sebaliknya cuba mengelak berkawan dengan orang yang lebih atas kerana tidak mahu kelihatan dirinya rendah.

 

13) Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain. Apatah lagi apabila dicabar maka sangat tidak dapat menguasai emosi. Mudahnya tercabar itu samada akan memberi tindak-balas atau terus merajuk dan membawa hati. Terlalu emosional dan mudah tersinggung.

 

14) Mudah menjadi marah dan cepat melenting  terutamanya kalau orang lain yang membuat silap, lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa ke atas dirinya.

 

15) Kalau dia terbukti bersalah sangat sukar untuk meminta maaf. Dan apabila orang lain yang bersalah pula sangat sukar memaafkan. Sukar untuk mengaku salah dan sentiasa rasa tinggi diri.

 

14) Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima teguran. Teguran boleh menyebabkan dia sakit hati malah timbul dendam terhadap orang yang menegurnya.

 

15) Sangat suka dipuji malah sentiasa menunggu-nunggu sahaja akan pujian orang kepadanya. Kalau dia mendengar pujian terhadap orang lain di hadapannya maka timbul sakit hati kepada orang yang memuji itu dan sakit hati kepada orang yang dipujinya.

 

16) Sangat suka berbahas. Dalam perbahasan pula sering meninggikan suara. Berbahas pula bukan hendak mencari kebenaran tetapi hendakkan kemenangan walaupun salah.

 

Rendahkanlah ego anda terutamanya lelaki tapi perempuan pn sama ja kadang-kadang tu perempuan lagi teruk. Sama-sama kena terima kebenaran ni yer. Tanamkan sifat penyayang dalam diri, be humble to people nescaya dihormati masyarakat. Kesan sifat ego ini sangat merbahaya dan dahsyat. Lihat sahajalah Firaun, Namrud dan Hamman, kerana egolah mereka sanggup menderhakai Tuhan. Bahkan sanggup mati di dalam kekufuran. Biarpun berbagai bencana Tuhan datangkan sebagai amaran dan ancaman, semuanya tidak menjadi pengajaran, iktibar dan ingatan. Apalah ertinya mempertahankan ‘kenikmatan’ ego itu sedangkan menanggung seksa dan laknat Allah SWT



4 comments:

N u r ! said...

ego ??
ermm..menarik2..

Anonymous said...

sye rse..stiap manusia ader ego kn..wlu pun xbnyk tp cket..wlu pun kte sndri xske akn sft 2..ssh sgt nk buang sifat ni..still trying ti throw out this characteristic in my heart..

Anonymous said...

sye rse..stiap manusia ader ego kn..wlu pun xbnyk tp cket..wlu pun kte sndri xske akn sft 2..ssh sgt nk buang sifat ni..still trying ti throw out this characteristic in my heart..

Musafir Sepi said...

Betul suma org ada ego masing2 tapi tinggi ngn rendah ja yg mmbezakan ego masing2...tapi bila dah tau, saya rasa lebih baik kita jdi seorg yg pemaaf,penyabar dan rendah diri...sifat2 ni akn rendahkan ego kita..kita ni xhebat mana pn,suma nya kita pnjam dari Allah ja...