Sunday, May 30, 2010

Nafsu Durjana

Tahukah anda tentang nafsu..selalu cakap sal nafsu namun kefahaman tentangnya masih cetek.

Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku." Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

“Tidak beriman salah seorang antara kalian hingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa“

PERINGKAT NAFSU – Nilai diri anda

1) Nafsu Ammarah

Peringkat nafsu ini merupakan peringkat nafsu yang paling hina dan jahat. Nafsu Ammarah tidak menyuruh sesuatu pun pada diri kita kecuali kepada kejahatan. Orang yang berada di tahap nafsu ini telah dikuasai oleh hawa nafsunya. Apabila nasfu menguasai, maka segala perbuatan dan perkataannya sentiasa terdorong kepada kejahatan dan kederhakaan kepada Allah. Allah menyatakan kejelekan nafsu ini dengan

Firman-Nya: Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.(yusuf:53).

Sekiranya kita berada di tahap nafsu ini maka celakalah kita. Sebabnya kita tidak akan terlepas daripada seksaan api Nereka Allah. Ini adalah kerana tiada kebaikan pada diri kita. Nafsu diperingkat ini memiliki hati yang penuh dengan sifat-sifat mazmumah Seperti sombong, dengki, mengumpat, mengadu domba, dendam, menghina, riak, ujud, sum’ah, pemarah, pemalas, kuat tidur, kuat makan, malas beribadah, suka kepada kesoronokan dan sebagainya. Mereka telah menjadi hamba nafsu bukannya menjadi hamba Allah.


2) Nafsu Lawwamah

Peringkat nafsu ini lebih baik sedikit daripada nafsu Ammarah. Peringkat nafsu ini, telah pun menyedari keburukan sifat-sifat yang bersarang dihatinya. Telah berusaha bermujahadah menentang segala sifat buruk itu. Mereka telah memiliki ‘iman ilmu’ dengan cara mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan Islam. Ini tidak juga menjamin mereka beramal dengan apa yang mereka ketahui. Kadang-kadang kejahatan ulama-ulama dan dosa yang mereka lakukan melebihi kejahatan yang dilakukan oleh orang jahil. Mereka yang bernafsu lawwamah telah pun melakukan mujahadah menentang sifat-sifat buruk itu, tetapi sering tewas oleh bujukan hawa nafsunya sendiri. Bila menyedari kesilapan, mereka menyesali atas kejahatannya, tetapi mengulanginya kembali disebabkan desakan nafsunya melebihi keimanannya. Peringkat nafsu ini boleh berlaku kepada mereka yang sudah bergelar ustaz, ustazah, kadhi, mufti, ulama, tok guru dan professor. Ilmu yang banyak tidak dapat menjamin keselamatan dan terpelihara daripada pujukan nafsunya sendiri. Setiap ilmu yang ada hendaklah diamalkan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan (istiqamah) disamping berusaha dengan tekun melawan kehendak nafsu yang hina. Dengan cara inilah nafsu jahat kita akan berubah sedikit demi sedikit menaiki tangga nafsu yang lebih baik dari sebelumnya. Tanpa perubahan yang dilakukan , mereka masih tercela dan dimurkai Allah, kerana orang yang bernafsu lawwamah masih tidak selamat dari Neraka Allah.

 

3) Nafsu Mulhamah

Latihan yang sistematik dan istiqamah dalam mengikis sifat-sifat kesyaitanan dan kebinatangan (sifat mazmumah) akan menyucikan hati kita. Hati ibarat sebagai satu bekas, mestilah kosong dari sifat-sifat mazmumah (tercela), supaya hati itu dapat pula diisi dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji). Jiwa yang bernafsu Mulhamah adalah jiwa yang mula menampakkan keelokan pada jiwa itu. Orang yang bernafsu Mulhamah mula mendapat ilmu-ilmu terus dari Allah yang disebut ‘Ilham’atau ‘Laduni’.

Firman Allah Taala:

Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikan (Allah) lalu diilhamkan kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik. Sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang menyucikan (nafsunya) dan rugilah orang yang mengotorkannya. (As-Syam: 7-10)

Tahap nafsu ini merupakan tahap pertama dalam memasuki sempadan kewalian. Oleh kerana itu kita seharusnya berada paling minimanya di tahap nafsu ini. Walau bagaimana pun kita janganlah terus berada diperingkat nafsu ini, kerana orang yang berada diperingkat nafsu ini belum lagi mantap. Jiwa perlu digilap dan ditingkatkan lagi agar ia dapat mendaki nafsu yang lebih tinggi.

 

4) Nafsu Mutma’innah

Sekiranya kita berada diperingkat nafsu ini, barulah kita akan terselamat dari seksaan Neraka. Ini dinyatakan sendiri oleh Allah Taala.

FirmanNya berbunyi:

Wahai jiwa yang tenang (nafsu muta’innah) kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang puas lagi diredaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam SyuargaKu. (Al-Fajr: 27-30).

Merupakan peringkat permulaan untuk menuju kepada Allah. Tetapi awas kita akan jatuh juga di dalam tipuan-tipuan yang tersangat halus, sekiranya kita tidak berhati-hati. Di antara penipuan-penipuan itu ialah seperti syirik khafi (syirik yang tersembunyi), cintakan kedudukan dan pangkat. Orang yang bernafsu mutma’innah ini dari segi zahirnya nampak cantik iaitu bersifat yang mulia lagi terpuji seperti pemurah, lemah-lembut, bertawakal, zuhud, warak, syukur, sabar, redha. Tersingkap kepada mereka akan rahsia-rahsia ketuhanan, bahkan telah terjadi kepadanya perkara-perkara pelik dan sebahagian dari keramat-keramat. Ia merasakan dirinya telah dinaikkan maqam Iman Al A’zam (Iman Besar). Inilah sebahagian daripada penipuan-penipuan yang perlu kita berhati-hati.

 

5) Nafsu Radiah

Mereka yang bertaraf nafsu mutma’innah itu memperolehi inayah dari Allah dan ia bersandar kepada Syeikhnya (guru yang membimbingnya) secara keseluruhannya serta dilazimi mujahadah sehingga tetaplah dia dengan sifat-sifat yang terpuji dan hilangnya unsur-unsur riyak maka jadilah nafsunya hina, sama baginya pujian atau celaan. Dia telah masuk di dalam maqam fana, redha dengan apa yang terjadi atas dirinya tanpa tentangan maka meningkatlah maqam mutma’innah ke tahap nafsu radiah.

 

6) Nafsu Mardhiah

Boleh juga berlaku pandangan fana dan ikhlas akan jatuh ke dalam bahaya ujud iaitu hairankan diri. Maka ketika itu hendaklah ia memohon perlindungan daripada Allah dari hal seumpama itu dengan bantuan Syeikhnya. Tanpa bantuan Syeiknya ia tidak akan berjaya. Apabila ia telah kembali fana dan ikhlas , akan ditajallikan kepadanya redha, diampunkan dosanya yang telah lalu, digantikan kejahatannya dengan kebaikan, maka terbukalah segala pintu zauk dan tajalli, lalu tenggelamlah ia di dalam lautan Tauhid dan burung-burung rahsia akan memperdengarkannya nyanyan-nyanyian. Nafsu ini dinamakan nafsu mardhiah.

 

7) Nafsu Kamilah

Tingkat nafsu ini adalah tingkat yang terakhir dan yang tertinggi sekali. Tingkat ini jarang dicapai oleh jiwa-jiwa seperti kita. Tingkat ini biasanya dicapai oleh para Rasul, Nabi-Nabi, para Sahabat dan wali-wali besar sahaja. Golongan ini akan meningkat dari darjat fana(binasa) kepada baqa(kekal) dengan Allah Taala sentiasa. Di tahap ini seseorang itu tidak perlu bersusah payah dengan bermujahadah dan berusaha melawani desakan hawa nafsu dan syaitan, kerana sifat kesempurnaan telah mendarah daging dan bersebati dengannya.

Firman Allah: Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan. (Yusuf: 53)

Musuh kita yang paling jahat ialah nafsu kita yang berada di antara dua lambung kita. Kejahatan nafsu melebihi kejahatan syaitan atau iblis. Jadi permusuhan kita dengan nafsu kita sendiri melebihi permusuhan kita dengan syaitan. Namun, syaitan dapat menguasai diri kita melalui nafsu yang berada pada diri kita. Dengan kata lain, nafsu merupakan talibarut atau suruhan syaitan untuk menerangi kita.

Menyedari tentang hal ini, maka janganlah kita tertipu oleh nafsu kita sendiri. Kerana sesuatu yang datang darinya adalah yang dapat menipu-dayakan kita. Sekiranya kita lupa dari bermuhasabah terhadapnya, kita akan dihanyutkan olehnya. Bahkan sekiranya kita gagal dalam menentang dan melawannya, kita akan diseret masuk ke Neraka.

Untuk menyelamatkan diri, kita kenalah bertakwa kepada Allah. Renungilah sebanyak manakah usia kita yang telah kita pergunakan untuk mencari kebahagian Akhirat, kerana renungan seumpama itu sebenarnya dapat membasuh hati kita.

Sabda Rasullulah SAW: Berfikir satu saat itu lebih baik dari ibadah setahun.

Pendekkan angan-angan , memperbanyakkan berzikir pada Allah, menjauhi tegahan-tegahanNya, menahan dari mengikut kehendak hawa nafsu dan syahwat. Ini adalah nafsu itu berhala. Oleh itu sekirannya kita tunduk dan memperhambakan diri pada nafsu, bermakna kita telah tunduk dan menyembah berhala.

Berkata Yahya bin Muaz ra:

Bermujahadah menentang nafsumu iaitu dengan melakukan ketaatan pada Allah dan melakukan latihan-latihan (riadah kerohanian). Latihan itu ialah dengan menghindarkan tidur, mengurangkan percakapan, tahan menanggung kesakitan dan bala dari manusia serta mengurangkan makan. Maka lahirlah dari sedikit tidur itu, sucikan kemahuan. Sedikit percakapan dapat menyelamatkan diri daripada berbagai penyakit. Dengan menanggung kesakitan dari manusia akan mendapat menyampaikan maksud dan cita-cita. Dan sedikit makan akan mematikan nafsu, kerana membanyakkan makan akan mengeraskan hati dan menghilangkan cahaya. Sedangkan cahaya (nur) hikmah itu ialah lapar, sedangkan kenyang dapat menjauhkan diri dari Allah.

Rasullulah SAW bersabda: Jangan kamu mematikan hati kamu dengan memperbanyakkan makan dan minum, kerana hati akan mati seperti mana tanaman akan mati apabila terlalu banyak disiram dengan air.

Rasullulah SAW bersabda: Sesungguhnya syaitan akan menusuk masuk ke dalam tubuh anak Adam melalui tempat pengaliran darah. Maka persempitkan tempat aliran darah itu dengan berlapar.

Rasullulah SAW bersabda lagi: Tiga perkara yang membinasalkan: Hawa nafsu yang ditaati, kebakhilan yang dituruti dan hairan seseorang itu terhadap dirinya sendiri.

Mencari Remaja Mulia dan Hebat

Susah klu kita nk cari remaja yang hebat sekarang, yang lalai banyak. Sedangkan Allah suka pada remaja atau orang muda yang bertaqwa. Ni tak,nk tnggu tua bru nk bertaubat, dah xdak tenaga baru nak brubah, time sihat seronok berfoya-foya..mmg la kita tahu Allah maha penyayang lagi maha pengampun tapi kita wat main2 ja. Cuba kita letak diri kita sebagai pencipta, kita cipta robot untuk wat air kt kita setiap pagi but once dia xbuat air kat kita mesti kita berasa marah dan melenting kan…hmmm…tapi jgn samakan kita dengan Allah lak,itu hanya sebagai contoh,plis jgn salah tafsir..

Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Ya’la :

“ Sesungguhnya Allah SWT sangat kagum pada pemuda yang tidak ada baginya masa muda( waktu bergembira dan bersuka ria) .”

Siapa pemuda yang hebat yang kita ingin miliki? Hari ini kita kehilangan tokoh-tokoh keperibadian yang boleh menjadi contoh kepada masyarakat. Lihatlah remaja yang ada. Hanyut dibuai mimpi-mimpi palsu dan tenggelam dalam gelora nafsu yang sentiasa menipu. Lalai dengan hiburan dunia yang melampau, dengan Akedemi Fantasia nya,Mentor lah…macam2 yang melalaikan remaja.

Kita inginkan pemuda seperti  Mus’ab Bin Umair yang teguh mempertahankan keyakinannya walaupun diancam oleh Ibunya yang dikasihi. Kita hajatkan susuk tubuh pemuda umpama Bilal Bin Rabah yang tabah menghadapi segala ujian dan seksaan hebat oleh pihak Kafir Musyrikin. Kita idamkan pemuda yang berpandang jauh dan hebat kepimpinan seperti Sallahudin Al-Ayubi yang Berjaya menawan kota empayar musuh Islam. Kita impikan pemuda yang hatinya sebersih Hassan Al-Banna yang memimpin Gerakan Islam yang hebat di usia yang begitu muda.

Wahai remaja mulia? Di mana kalian ketika ummah ini benar-benar memerlukan kalian?Nilai lah diri kita sendiri wahai remaja-remajaku….Bersediakah kita jika bumi Malaysia ini dijajah semula??

 

Semuanya tidak mustahil selagi ISLAM tidak tertegak dimuka bumi. Renungkanlah.

Manusia ni sangat EGO!!!

Mari kita menilai diri kita.Adakah kita ego??Tepuk dada tanya iman...Golongan Melayu banyak yang ego,kita ssh untuk mengatakan maaf,terima ksih dan apa saja sapaan yang baik-baik,tapi klu menengking dan memaki bleh plak kan. Perkataan sayang rindu apatah lagi,sangat2 la susah,kononnya malu, malu rindu atau sayang tidak diterima...hmmm...no komen,tapi cuba kita amek sifat positif orang barat,mereka sering kali membiasakan diri mereka dengan sapaan begitu....i love u,i miss u,thanks,good nite dan sebagainya menjadi kebiasaan bagi mereka,good comunication...tapi orang Malaysia sgt poor comunication skill terutamanya dalam keluarga sendiri...sebab apa suma ni,sebab EGO

Ciri-ciri EGO @ SOMBONG

1) Diberi jawatan rasa terhibur.

2) Tidak dilantik rasa tidak tenang.

3) Jika menjadi pemimpin,arahannya selalu kasar.

4) Jika menjadi pengikut, tidak mahu taat.

5) Susah menerima pandangan orang lain, merasakan pandangan dia sahaja yang benar. Dalam majlis tidak senang jika orang lain memberi  pandangan dan suka potong percakapan orang lain.

6) Tidak senang andai kemajuan tercetus ditangan orang lain.

7) Tidak mahu menerima kebenaran dari orang atau pihak lain. Seolah-olah merasa rendah atau tercabar atau terhina andainya kebenaran itu keluar dari mulut orang lain. Lebih-lebih lagi sekiranya sesuatu yang benar itu datangnya daripada orang bawahannya atau orang yang dianggap status sosialnya lebih rendah.

8) Ego juga dapat dilihat bilamana seringkali menzalimi orang lain apabila seseorang itu memiliki kuasa. Dia akan gunakan kuasa itu bukan sebagai amanah atau tanggungjawab tetapi sebagai peluang untuk menindas atau mendatangkan kesusahan kepada orang lain. Andainya roda pusingan kehidupan menjadikan gilirannya pula berada di bawah atau menjadi pengikut, ketika itu dia akan menjadi orang yang paling sukar untuk taat setia kepada pihak atasannya. Egonya itu membuatkan dia menjadi amat sukar untuk tunduk kepada peraturan dan perintah ketuanya.

9) Golongan ini pula sangat meremehkan dosa pahala dan tidak suka memperkatakannya. Apa sahaja yang dibuat tidak mahu dikaitkan dengan persoalan dosa pahala atau halal haram. Keegoan mereka ini seolah-olah mahu bebas. Tidak mahu adanya sebarang keterikatan dengan hukum Allah SWT. Begitu juga dalam kontek kekuasaan Allah SWT, mereka tidak mahu mengaitkan sesuatu peristiwa atau perkara itu dengan bukti kekuasaan allah SWT yang Maha Kuasa. Sesuatu kejadian samada kejayaan, kegagalan mahupun musibah pada mereka lebih nampak kepada sebab atau faktor kejadian tersebut. Dalam soal usaha ikhtiar, mungkin juga boleh diterima sebagai faktor sebab yang terhasilnya sesuatu yang hakikatnya dengan izin Allah SWT. Apa yang anehnya sebagai memperlihatkan ego adalah bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kemarau, jerebu, tanah runtuh yang sifatnya tidak ada campur tangan manusia, pun tidak mahu disandarkan kepada kekuasaan Allah SWT. Lantas dengan cepat mereka mengatakan itu semua adalah lumrah alam atau perkara biasa.

 

10) Payah hendak bertegur sapa kecuali kalau orang lain mendahuluinya. Dia merasakan tidak layak untuk menghormati orang lain seolah-olah orang lain yang patut menghormati dirinya. Isi perbualan atau percakapannya sering saja melebihkan diri biarpun dalam nada tutur kata yang lunak. Apatah lagi bila ada peluang bercakap besar dan lantang.

11)Selalu berwajah serius dan masam. Ditambah pula dengan sikap yang kurang mesra. Baginya dengan berwajah begitu dirinya sukar untuk mendekati orang lain dan rasa dirinya hebat dan susah untuk didampingi. Jika ada yang ingin mendekatinya,dirinya rasa dia diperhatikan dan ramai yang ingin mendekatinya. Selalunya orang sebegini dia mempunyai teman sesame jantina yang istimewa, baginya tiada orang lain yang boleh merapatinya kecuali dirinya sahaja.Dia akan mengawal  segala perbuatan orang yang dia rapat itu seketatnya dan jika ada orang lain yang ingin mendekatinya,dia rasa gembira namun sebaliknya jika dengan temannya,dia akan mempertikaikan itu ini kerana temannya itu adalah hak kekal dia. Orang yang bersikap sebegini selalunya ingin diberi perhatian dan ingin orang sekeliling memahaminya lebih.

 

12)Sangat memilih kawan terutamanya di kalangan orang yang setaraf sahaja. Kadang-kadang lebih suka berada di tengah-tengah orang yang lebih rendah bukan kerana merendah diri tetapi mengharapkan agar dirinya kelihatan lebih menonjol. Dan begitulah sebaliknya cuba mengelak berkawan dengan orang yang lebih atas kerana tidak mahu kelihatan dirinya rendah.

 

13) Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain. Apatah lagi apabila dicabar maka sangat tidak dapat menguasai emosi. Mudahnya tercabar itu samada akan memberi tindak-balas atau terus merajuk dan membawa hati. Terlalu emosional dan mudah tersinggung.

 

14) Mudah menjadi marah dan cepat melenting  terutamanya kalau orang lain yang membuat silap, lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa ke atas dirinya.

 

15) Kalau dia terbukti bersalah sangat sukar untuk meminta maaf. Dan apabila orang lain yang bersalah pula sangat sukar memaafkan. Sukar untuk mengaku salah dan sentiasa rasa tinggi diri.

 

14) Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima teguran. Teguran boleh menyebabkan dia sakit hati malah timbul dendam terhadap orang yang menegurnya.

 

15) Sangat suka dipuji malah sentiasa menunggu-nunggu sahaja akan pujian orang kepadanya. Kalau dia mendengar pujian terhadap orang lain di hadapannya maka timbul sakit hati kepada orang yang memuji itu dan sakit hati kepada orang yang dipujinya.

 

16) Sangat suka berbahas. Dalam perbahasan pula sering meninggikan suara. Berbahas pula bukan hendak mencari kebenaran tetapi hendakkan kemenangan walaupun salah.

 

Rendahkanlah ego anda terutamanya lelaki tapi perempuan pn sama ja kadang-kadang tu perempuan lagi teruk. Sama-sama kena terima kebenaran ni yer. Tanamkan sifat penyayang dalam diri, be humble to people nescaya dihormati masyarakat. Kesan sifat ego ini sangat merbahaya dan dahsyat. Lihat sahajalah Firaun, Namrud dan Hamman, kerana egolah mereka sanggup menderhakai Tuhan. Bahkan sanggup mati di dalam kekufuran. Biarpun berbagai bencana Tuhan datangkan sebagai amaran dan ancaman, semuanya tidak menjadi pengajaran, iktibar dan ingatan. Apalah ertinya mempertahankan ‘kenikmatan’ ego itu sedangkan menanggung seksa dan laknat Allah SWT



Saturday, May 29, 2010

Indahnya Ciptaan Ilahi


Kali ni berkisar tentang ciptaan Allah plak…apa yang anda dpt lihat???dasar pokok ni seperti jari manusia kan…anda leh cuba bentuk kan jari anda mengikut bentuk batang pokok ni…Subhanallah…sama kan,klu dilihat betul2,saya terfikir macam mana pkok ni leh tumbuh subur,pokoknya tinggi dan rimbun walaupn batangnya macam nk tumbang ja,itulah kuasa Allah....namun,pokok ni tetap bersyukur dan tetap terus berzikir mensyukuri nikmat ilahi…

Ingin aku kongsi sebuah cerita…semalam aku handle satu kem remaja,selesai aku memberi  pengisian ada seorang peserta bertanya tentang couple…huh..aku sgt suka akn soalan itu,dia mmg tidak puas hati bilamana aku mngatakan yang couple tu haram,dia tetap brhujah dengan ku,sekali lagi dia tya dalam gaya bahasa yang lain tapi maksud yang sama…xboleh ka couple???betul ka haram???klu couple cara Islam???hehehehe…aku geli hati,then aku memberi  situasi padanya…ok dik,contoh la adk couple dgn abu,tep2 ari adk mskol dia gerak wat qiamullail,igtkan dia tntang solat,bg msg2 agama berbntuk muhasabah kononnya bercinta ikut agama la tu…mcm tu yer dik???aku brtanya,dia pn anggk..then aku tya lgi,sampai bila nk saling menggerak wat qiam…selamanya,klu adk xleh solat cmna,nk bgn jgk gerak cik abg tu???adk tu pn jawab,eh,saya xpenah pggl dia abg ka,sayang ka,apa ka yang bleh mngndang kea rah maksiat…wah bgusnya adk ni…aku kata mmg adk ni pndai la bercouple cara Islam..aku try menyelami hatinya,dia senyum malu2,kiranya bleh la cm2???aku pn smbung…xboleh dik,hokum tetap hukum,haram tetap haram,aku bertegas skit…ok berbalik pada tadi,klu adk xleh solat tetiba adk tido terlajak sampai xsmpat gerak dia qiam,bukan sehari tapi dah sampai tahap jarang2,mula2 ja di awal percintaan ja leh istiqomah…dah lama-lama xleh maintain,abu mesti tertanya2 kan,mesti trnanti-nanti kan,mana msg mak we aku ni,xgerak aku pun arini,klu sehari cmtu,esk pn cmtu gak…lama2 msti timbul perasaan rndu dalam hati abu kan,dah rndu msti la ada rasa sayang kan…perasaan tu apa dik???bukan mngundang ke arah maksiat ke???bila dah rndu,lama2 nk jmpa,dah jmpa pgg skit2,pastu three,four n five…kmudian buang anak merata2….so,apa kesimpulannya???hmmm…cara slam bukan mcm tu…salah konsep tu dik…adk tu trmenung…btul jgk katanya…sebab tu lah dalam Al-Quran kata dah:

Allah swt berfirman: 

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (QS al-Israa’: 32)

dalam Quran kata bukan xleh wat zina,hampir pn xleh,couple tu bawa diri menghampiri zina la dik…klu putus cinta nk bunuh diri lah,apalah..sapa yang susah,family jgk,mak ayah jgk..kan??sedangkan knal dengan abu tu bru 3tahun,mak ayah jaga kita bapa taun dah…fikirlah dik..kawan2 yang baca blog ni pn ,mari sama2 kita fikir…cuba relatekan crita ni dgn pokok diatas…kita diberi nikmat macam2,kesempurnaan macam2 tapi apa yang kita bagi kt Islam???apa yang kita bg kt Allah??sedangkan pokok ni setiap saat leh bertasbih kt Allah..kita wat apa???seronok bercouple???tgk TV??buat benda lagha???sikit pn xrasa hamba kt Allah..

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat)”. (Ibrahim:34)

Kadang-kadang tu bongkak plak,rasa diri tu hebat…hmmm..lupakan lah,sehebat mana pn kita,bila solat ttp kita tunduk pdNya jgak,xyah nk ego lah,xyah bongkak…sama2 bermuhasabah,bersihkan hati,ikhlaskan niat dalam melakukan sebarang pekerjaan…igt Allah sentiasa bersama kita,klu kita tolong agama Allah,Allah akan tolong kita…okey???

“Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Ali-Imran: 85)

Wednesday, May 26, 2010

Cinta Sahabat Dalam Berukhwah Namun Mesti Ada Lawan dan Benci

Salam,tajuk pn nmpak complicated kan,relex2...meh kita kupas satu per satu...CINTA...manusia ni mmg xlari dengan perasaan cinta,fitrah manusia di cintai dan mncintai kan????setuju x???namun batasan dlam Islam mesti di lihat yang utama...adakah cinta itu wujud antara lelaki dan perempuan saja??salah kah cinta itu untuk sesama jenis...hmmm...brtambah complex ni...meh kita tgk ukhwah plak...nampak ukhwah lagi indah..UKHWAH ialah tautan hati yang diikat dengan rasa kasih dan tunduk pada ilahi,apabila aku melihat shabatku sebenarnya hati ini sangat gentar dan takut pada Penciptanya,itulah hakikat ukhwah,best kan...LAWAN lak camna...???rasanya sal lawan ni suma org sedia maklum kot noh...lawan ni selalunya ada pada teman tapi mesra mungkin,kawan,rakan dan seangkatan dengan nya..bagi kita mereka lah teman tempat kita mngadu,namun di pihak depa plak hanya bleh mnjadi teman ditika senang ja,tika ssh tiada siapa yang menghiraukannya.Lawan xsemestinya musuh tapi lawan dalam konteks ni api dalam sekam..lebih kurang hipokirit r..byk kawan camtu zaman sekarang  ni,ssh r nk cari SAHABAT SEJATI….tapi yang paling utama ialah kefahaman dan peneriamaan diri kita terhadap org lain...ntah la,byk dah pengalaman sal hal ini..

“Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.” (Al-Hajj : 38)

Kadang2  yang kita cinta tu belum tentu jadi sahabat atas landasan ukhwah sebenar,dia bleh jadi lawan yang pada nulanya sayang berubah menjadi benci sangat2...kadang2 sahabat leh jd cinta dan cinta jgk leh jd sahabat...unik kan ukhwah ni,tapi nk fahamkan org tu ssh...Bagi aku, sahabat ni adalah cermin bagi sahabat..bila kita tgk dia wat salah kita leh direct fire ja dan dia lak senang ja nk trima…sbb apa???sebab kita tgk diri kita xelok mesti kita nk ubah…macam kita tgk jerawat kt cermin r,mesti kita rasa malu nk kuaq umh kan,tambah2 lak klu jerawat baru nk tumbuh,then mesti kita picit kan…sakit x time picit tu???sakit kan…So, samalah macam berukhwah, sahabat jay g nmpak kesalahan kita,then bila difire,sepatutnya kita berterima kasih dan try untuk ubah diri kita...ni tak,kita selalunya jadikan sahabat tu untuk kita menerima pujian ja,bila dikeji trus brmasam muka..klu nk kuaq jln2 baru nk tya sahabat,Cantik x baju aku???Sama x tudung aku??waktu tu bleh plak kita jdkan sahabat sebagai cermin kan…tapi untuk reality sebenar???hmmmm…blum tentu kita bleh…Aku suka klu ada org dating depan2 dan keji aku,marah aku,kutuk aku…sebenaqnya dia tu lah sangat mnyayangi aku…care pasal aku…UKHWAH..camna pun xkan leh putus,ukhwah ISLAM tu ttp ada…

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

‘Sahabat adalah bukan orang yang berada disisi kita ketika kita dalam kebahagiaan saja, melainkan dia berada di sisi kita, di hati kita untuk selamanya (forever in friendship). ‘

‘Sahabat adalah orang yang akan menangis di kala merasakan kesedihan kita dan dia akan tertawa di kala melihat kita bahagia. ’

‘Sebaik-baik teman itu adalah yang menunjukkan kita pada kebaikan.’

 

Namun,

‘Sayanglah sahabatmu berpada-pada kerana jangan sampai satu hari kamu akan benci padanya. Sayang tertinggi adalah pada ILAHI.’

‘Tanpa persahabatan hidup kita akan terasa gunda gulana dan resah gelisah, hidup hanya seorang diri.’

 

UKHWAH ni indah,namun apabila ukhwah ni disalah guna,punah lah ia….Kekerapan SMS,Call,YM dan seangkatan dgnnya xbrmakna ukhwah tu utuh,kadang tu tak brhubung langsung pn xpa…yang penting di hati masing2 tahu…sekali brjmpa rasa rndu yang teramat2..rasa nak peluk xmau lepas…bkannya perlu kerap brhubung baru dikira kita ni brukhwah..bila jauh kira xdak lah ukhwah,tinggal kuah…kefahaman ni perlu dihapuskan…ukhwah ni xperlu di kongkong,orang yang kita sayang sepatutnya kita lepaskan,wat lah apa yg dikehendakinya,namun kita masih mengetahui apa yg dilakukannya tu baik untuk dirinya dan menegur bila ada salah…hmmm..unik ukhwah ni sebenaqnya tapi sesetngah org yang xfhm ukhwah ni,ia akan jd susah dan mnyusahkan..


Perkara-perkara untuk kita memantapkan lagi ukhwah kita dalam bersahabat

1)  Mengenali kawan-kawannya, ahli keluarganya dan ibubapanya.

2)  Tidur dengannya dirumahnya ataupun sebilik dengannya.

3)  Menziarahi ahli keluarganya or ibubapanya dirumah.

4)  Makan dan solat berjemaah/bersama-sama.

5)  Bila dah berkahwin plak,mmperkenalkan suami/isteri kpd sahabat.


5 perkara ni klu kita wat,insyaAllah ukhwah kita mesti indah….rasa iktan hati kita teguh…bukannya ssh kan…Dalam bersahabat ni sama lah macam kita nk kawin,kita hendaklah memilih yang terbaik,supaya dia bleh trima kita dalam keadaan baik ataupn buruk…klu dial eh trima kita,secara automatiknya dia kena terima saudara-mara kita,adik-beradik kita,kawan2 kita,dan sebagainya yang rapat dengan kita…bknnya kita bersahabat dengan dia sorang ja but yang disampingnya kita xmau amek tau…dah xindah la ukhwah right???itulah unik nya ukhwah bila suma orang faham konsep sebenaq…sebab tu lah dalam ISLAM sangat menekankan isu ukhwah ni..kerana dengan ukhwah ni kita akan saling melengkapi dan yang paling penting perkenalan dan persahabatan kita jadi meluas…sebab apa,kawan dia kawan kita jugak,adk bradik dia adk bradik kita jugak,mak ayah dia mak ayah kita jgk…best kan,byk kawan,byk sedara,byk adk bradk,baru la kita xkan rasa sunyi….sekali lagi,INDAHKAN UKHWAH???

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).


Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.

Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.

Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah: Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

 

Hati-hatilah memilih sahabat, kerana sahabat boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Bersahabatlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

 

Saturday, May 8, 2010

new blog !

nothing to say~ hehe